Ais Krim Teh Tarik

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Smoothies
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Dah boring dengan perisa ais krim biasa-biasa? Cuba resipi Ais Krim Teh Tark ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan:
- 1 cawan whipping cream
- 3 sudu besar serbuk teh
- 1 cawan susu pekat
- Badam cincang (optional)

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Didihkan whipping cream dan serbuk teh.
2. Tapis dan sejukkan selama 4 jam.
3. Pukul hingga kembang.
4. Kemudian masukkan susu pekat dan gaul hingga rata.
5. Masukkan ke dalam dulang dan bekukan selama 4 jam.
6. Taburkan badam ke atas ais krim dan hidang.

Leave a comment