Air Asam

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Air Asam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 2 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • ½ cawan air suam 
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu) 
  • 1 inci belacan 
  • 1 sudu makan gula 
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 2 biji tomato 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris)    
  • 2 biji cili merah (Dihiris)     
  • 5 biji limau kesturi (Dibelah 2) 
  • 1 sudu makan kerisik

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan asam jawa dan air suam, kemudian tapiskan. 
  2. Masukkan bahan A ke dalam pengisar dan kisar kasar. 
  3. Gaulkan bahan yang dikisar bersama bahan B. 
  4. Hidangkan bersama ikan bakar.

Leave a comment