Agar-Agar Santan Pandan

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Agar-Agar Santan Pandan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g) 
  • 1½ liter air 
  • 1 cawan gula 
  • 3 helai daun pandan (Disimpul) 
  • ½ sudu teh pewarna hijau 
  • 200 ml santan 
  • 1 biji telur 
    (Santan dibancuh dengan telur)
  • Secubit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masakkan serbuk agar-agar bersama air, gula, dan daun 
    pandan sehingga mendidih. 
  2. Masukkan pewarna hijau. 
  3. Masukkan campuran santan dengan telur dan garam. Kacau 
    sehingga mendidih dengan api sederhana. 
  4. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan. 
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia dihidangkan.

Leave a comment