Acar Telur Rebus

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 5 Orang

Bagaimana cara nak masak Acar Telur Rebus?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ cawan minyak masak 
  • 8 biji telur rebus  (dikupas kulit dan kelarkan) 
  • 2 sudu makan biji sawi 
  • 2 labu bawang besar           
  • 10 ulas bawang putih          
  • 2 inci halia        
  • (Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama)                   
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 4 sudu makan cuka 
  • 2 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ batang timun               
  • ½  batang lobak merah  (dipotong panjang dan kecil) 
  • 2 biji cili merah (Dibelah 2)   
  • 2 biji cili hijau  (Dibelah 2)     
  • 1 biji bawang besar (dihiris kasar) 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan gorengkan telur sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  2. Tumiskan biji sawi, bahan yang dikisar, dan cili kisar sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan cuka, gula, dan garam. Kacau rata sehingga mendidih. 
  4. Masukkan timun dan lobak merah. Kacau sebati. 
  5. Masukkan telur, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Gaul sehingga sebati. Hidangkan. 

Leave a comment