Acar Rampai Rempah

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 3 Orang

Bagaimana cara nak masak Acar Rampai Rempah?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 batang timun (Dihiris batang mancis)
  • 1 batang lobak merah (Dihiris batang mancis)
  • 5 biji cili merah (Dihiris batang mancis)
  • 5 biji cili api 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 1 inci halia muda (Dihiris halus) 
  • 1 sudu makan air kapur
Bahan B (Tumisan)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 7 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelaga
Bahan C
  • 1 sudu makan udang kering (Ditumbuk halus) 
  • *1 sudu makan serbuk jintan manis 
  • *1 sudu teh serbuk jintan putih 
  • *1 sudu teh serbuk kunyit (Bancuh bahan * dengan sedikit air) 
  • 3 sudu makan cuka 
  • 2 sudu makan gula 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan semua bahan A di dalam air kapur sekadar tenggelam selama 30 minit. Tuskan sehingga kering. 
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. Masukkan udang kering, bancuhan jintan manis, jintan putih, dan serbuk kunyit sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan cuka, gula, dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih. 
  4. Masukkan bahan A yang sudah dituskan. Kacau rata selama 2-3 minit. Sedia dihidangkan.

Leave a comment