Ayam Goreng Hot and Spicy

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi ayam goreng ala KFC yang mudah


Bahan-bahan diperlukan:

  • <strong>Bahan Untuk Perap Ayam</strong>
  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  • <strong>Bahan untuk tepung</strong>
  • 2 cawan tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  • <strong>Bahan untuk mencelup ayam</strong>
  • 1 biji telur dipukul sedikit (untuk mencelup ayam)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Leave a comment