Keropok Lekor Perantau

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Istimewa untuk mereka yang teringin makan keropok lekor Terengganu kat negara luar..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan kembung/selayang (panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "<a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/45" rel="nofollow">warabi mochi ko</a>" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "<a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/46" rel="nofollow">katakuri ko</a>" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit Ajinomoto
  • Bahan Sos:
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa (bancuh dengan air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung untuk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan.
    Open uri20151010 29872 qiymzv
  2. Buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
    Open uri20151010 29872 6fubdk
  3. Potong isi ikan kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar. Kisar isi ikan hingga hancur.
    Open uri20151010 29872 175gcms
  4. Selepas kisar kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit-sedikit ke dalam bekas yang mengadungi ikan. Gaul sehingga kesemua tepung habis.
  5. Masukkan garam dan Ajinomoto.
  6. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan. Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
    Open uri20151010 29872 x4af2p
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan. (Bila timbul tandanya dah masak). Keropok rebus boleh tahan lama kalau masuk peti ais.
    Open uri20151010 29872 f3q6ic
  9. Keropok yang belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu (cara Terengganu). Sedap dimakan panas-panas..
  10. Sos: Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Lepas tu masukkan cili kisar, gula melaka dan air asam jawa. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan Ajinomoto. Masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

Leave a comment