Tiramisu

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Satu lagi versi buat tiramisu... ringkas...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 bungkus biskut tiramisu/'sponge fingers'/'boudoir'
  • 250g krim keju
  • 250g krim putar
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • Satu cawan bancuhan air Nescafe (tanpa gula)
  • Serbuk koko/coklat untuk hiasan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan krim keju, krim putar dan gula. Pukul hingga kembang.
    Data
  2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar.
    Data
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (Gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...).
    Data
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hiaskan dengan taburan koko/coklat di atasnya ikut suka.
    Open uri20151010 29872 p7vvx9
  5. *** Tiramisu saya nampak krimnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut jadi saya buat 2 lapisan saja dan letak semua krim di atas lapisan yang kedua tadi...

Leave a comment