Ais Krim Potong

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi dr Yummie Bakery BBBangi. Nak buat hanya 5 minit. Sebaiknya, bahan2 disediakan sebelum start masak sebab nak jaga2 supaya tak berketul teksturnya. 1 adunan penuh dapat lebih kurang loyang 8x8" atau 4 tray ice cubes. Terdapat 3 perisa iaitu DURIAN, KACANG MERAH DAN JAGUNG sebagai pilihan hati.


Bahan-bahan diperlukan:

  • BAHAN A
  • 250g Gula kastor
  • 3.5 sb susu tepung @ coffeemate
  • 350ml air
  • BAHAN B - Bahan2 tepung tak boleh banyak2, takut ais nanti rasa tepung :(
  • 1.5 sb paras tepung ubi ** (utk kacang merah guna 2sb)
  • 3 sb paras tepung jagung
  • 50 ml air
  • ** Campurkan tepung2 dengan air, kacau2
  • ## BAHAN C - PERISA DURIAN
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 200g isi durian (sebaiknya diblender dgn santan supaya tak guna cecair tambahan)
  • 0.5 sk pewarna kuning
  • ## BAHAN C - PERISA KACANG MERAH
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 250g kacang merah - rebus, lecek. Eenat guna kacang dalam tin jer. ~Blender dgn santan gak
  • 0.5 sk pewarna Rose pink
  • ## BAHAN C - SWEET CORN @ JAGUNG MANIS
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 1 tin "Creamy sweet corn" ~ blender dgn santan gak
  • 0.5 sk Lemon Yellow - blh guna yellow gak pon, setakat pewarna jer ;)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul2. Api sederhana shj. Sentiasa dikacau supaya tekstur ais krim halus
  2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
  3. Tuang dalam acuan ais krim atau ice-cube tray atau loyang atau apa2 jer yang blh diisi. Eenat letak dalam loyang biscuit cutter mcm dlm gmbr..acuan ais krim cik ti dah geget ..grrr
    Open uri20151010 29872 1tys5xm
  4. Bila dah sejuk, masukkan dlm freezer. Bekukan semalaman @ 8 jam. Dah siappp !! Selamat mencuba. . ;)

Leave a comment