Dadih

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mudah disediakan dan ditambah perisa mengikut citarasa.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar
  • 1 cawan gula
  • 11 g serbuk agar-agar (2 sudu besar)
  • Secubit garam
  • Perisa (jagung, strawberi, Milo dan lain-lain)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak air dengan gula sampai gula hancur.
  2. Masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam. Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas kecil (kalau nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.
  4. Dadih jagung dan bandung.
    Open uri20151010 29872 1eqha8d

Leave a comment