Sambal Ayam

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Variasi sambal ayam...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 3 sb sos soya
  • 4 sb tepung jagung
  • *10 biji bawang merah
  • *6 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *2 batang serai
  • *2 biji buah keras
  • *1 inci kunyit hidup
  • *20-25 tangkai cili kering (dididih bersama air dahulu)
  • sedikit santan pekat (optional)
  • 1 keping asam keping (optional, letak jika guna santan)
  • 1 btg kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam dan aji secukupnye
  • minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Terlebih dahulu, perap ayam bersama sos soya dan tepung jagung selama 20minit.
  2. Blend halus cili kering dan semua bahan yang bertanda *.
  3. Panaskan minyak dlm kuali, pastikan minyak betul2 panas, kemudiannye gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak/ keperangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan dan asam keping jika mahu. Biar mendidih. Perasakan dgn garam dan aji.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Dah cukup rasa, boleh padamkan api.
  7. Sedia dihidangkan...! Selamat mencuba!
  8. ***Sambal ni memang pekat sedikit...boleh tambah air jika suka...;)

Leave a comment