Aiskrim nanas

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

emm.. sedap.. nak tahu macam mana rasa??.. cubalah


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cwn nanas yg dipotong dadu
  • 3/4 cwn gula
  • 1 cwn air sejuk
  • 1/2 biji jus lemon atau 1/4 cwn jus limau nipis/limau kasturi
  • Note: kemanisan tu boleh adjust bergantung kepada nanas yg kita guna. Kalau guna nanas yg manis bolehlah dikurangkan gula.
  • Tip: Kalau nak cepat gebu, nanas yang dah dipotong tu simpan dulu dalam icebox. Bila nanas dah jadi beku bolehlah dikisar dan dicampur dgn bahan2 lain.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam food processor(fp) atau blander. Kisar sehingga nanas tadi hancur. Kemudian bekukan dalam peti sejuk.
  2. Bila dah beku, kisar semula dgn fp atau blender. Kemudian bekukan semula.
  3. Ulang langkah 2, 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur yg halus dan gebu.

Leave a comment