Orange Sponge Cake

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kek span oren.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 gula kastor
  • Secubit garam
  • 6 putih telur
  • 1 sudu kecil krim tartar
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 6 kuning telur
  • 2/3 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan jus oren
  • 1 sudu besar kulit oren

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayak tepung ,1/4 gula dan garam. Ketepikan.
  2. Di bekas yang lain pukul putih telur, krim tartar dan sedikit demi sedikit gula sehingga pekat. Ketepikan.
  3. Di bekas yang lain lagi, pukul kuning telur dan 2/3 gula sehingga kuning cerah dan pekat. Campurkan jus oren dan kulit parutan limau. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit .
  4. Kemudian masukkan putih telur yang dipukul putih tadi gabungkan dengan cara kaup dan balik secara perlahan-lahan.
  5. Masukkan dalam 10 inci loyang (jangan dilenser kerana untuk membolehkan adunan memanjat tiang loyang untuk naik ke atas). Sedia dibakar. Bakarlah pada suhu 170 C.

Leave a comment