Crazy Chocolate Cake

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Menambah variasi kek coklat. Kek yang senang, moist.. dan tak guna telur..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
  2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.
  6. NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.

Leave a comment