Lopes Perantau

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kuih tradisi yang kini mudah dan cepat disediakan...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
  • Garam
  • 1 biji gula melaka/ 5 sudu besar gula perang
  • 1 1/2 cawan air
  • ***Daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dalam air gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna.
  2. Toskan pulut tadi.
    Open uri20151010 29872 vddbxn
  3. Masukkan santan dan secubit garam.
    Open uri20151010 29872 wkmhgr
  4. Kemudian masukkan dalam ketuhar sekurang-kurangnya 15 minit (ikut jenis ketuhar) dan kacau setiap 5 minit untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak.
    Open uri20151010 29872 izozm3
  5. Sediakan 'cling film'/plastik dan oleskan sedikti marjerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atasnya.
    Open uri20151010 29872 1gxopqz
  6. Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi.
    Open uri20151010 29872 1brq6uz
  7. Sejukkan pulut sebelum dipotong.
    Open uri20151010 29872 18vxujf
  8. Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
    Open uri20151010 29872 1vebocb
  9. Untuk air gulanya >>> masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes.

Leave a comment