Cucur Jagung

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

menambah variasi cucur... (kredit utk mimi@imim gak)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula
  • daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
    Open uri20151010 29872 1yz9680

Leave a comment