Samosa

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi malas nak buat kulit karipap sebenarnya ni.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • INTI:
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah kari
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. >>Sediakan Inti:
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  3. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  4. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  5. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  6. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
  7. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  8. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
  9. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

Leave a comment