Sambal Tempoyak Ikan Bilis...

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Bleh wat tambah koleksi resipi tempoyak... Resipi ni tak pakai serai... Nak goreng dulu ikan bilis tu pun boleh.. taknak goreng pun boleh...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 genggam ikan bilis- dibersihkan
  • 5 biji cili api * - nak pedas bleh tambah
  • 1 btg cili merah *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup atau 1/2 st serbuk kunyit *
  • 1/2 labu bawang besar - di potong 8
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak2
  • tempoyak ikut suka nak banyak mana... dlm 1 senduk ker...
  • garam secukup rasa (jgn manyak2.. ikan bilis dah masin..)
  • minyak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Untuk ikan bilis yang di goreng: Ketepikan 1 sudu ikan bilis .. Goreng ikan bilis sehingga garing... ketepikan... Kisar bahan bertanda * bersama 1 sudu ikan bilis yang diketepikan tadi..
  2. Untuk ikan bilis yang tak digoreng: Kisar kasar ikan bilis dan bahan bertanda * ...
  3. Tumis semua bahan kisar sehingga garing..
  4. Masukkan tempoyak... kacau sehingga naik bau...
  5. Tambah sedikit air... masukkan garam... masak sehingga naik minyak dan pekat...
  6. Masukkan daun kunyit dan bawang besar ... kacau rata... tutup api bila bawang besar dah layu...Siappp...
  7. Untuk ikan bilis goreng, last sekali, masukkan ikan bilis tadi.. kacau rata... siappp...

Leave a comment