Sambal telur sedap

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resepi dari mak mertua


Bahan-bahan diperlukan:

  • cili kering yang telah di kisar secukupnyer
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 3 biji telur ayam
  • air asam jawa, garam, gula secukupnyer
  • minyak untuk menumis
  • 3 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
  3. masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
  4. biarkan garing sampai mesra.
  5. bila dah cukup rasa masukkan air.
  6. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. air memainkan peranan penting.

Leave a comment