Murtabak Paratha (Express)

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Cepat dan senang,kulit murtabak tak liat walaupun sudah sejuk


Bahan-bahan diperlukan:

  • -2 keping Roti Paratha
  • -Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
  • -1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
  • -3@4 sudu makan Rempah kari
  • -2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • -1 biji bawang besar (potong dadu)
  • -Garam,Gula
  • -Air
  • -2 biji telur (1 biji untuk 1 biji roti paratha)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. -Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
  2. -Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  3. -Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
  4. -Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
    Open uri20151010 29872 1koxol
  5. -Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
    Open uri20151010 29872 aksngr
  6. Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
  7. Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan
  8. (P/S-saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan )
  9. Bolehla menjamu selera...

Leave a comment