Nasi 3 Warna

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Ubah dan pikat selera anak-anak untuk makan dengan nasi yang berwarna-warni.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan beras (saya guna beras basmathi)
  • 3 cawan air
  • Pewarna merah, hijau dan kuning serta secubit garam
  • Satu ketul stok ayam (Knorr atau Maggi), beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan periuk dan masukkan marjerin hingga cair.
  4. Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga naik baunya.
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan.
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga-tiga pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul-betul masak.

Leave a comment