Sotong sumbat tauhu masak lemak

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Pernah makan sekali..pastu tu cuba le godek2 sendiri..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 8 ekor sotong sederhana besar
  • 1 biji kelapa - perah dengan 1 1/2 mangkuk air
  • * 10 biji cili kering + 5 biji cili api
  • * 5 ulas bawang merah
  • 1 biji buah keras - tumbuk hancur
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 ketul tauhu
  • ** 1 biji telur
  • ** 2 ulas bawang merah - hancurkan
  • ** 1 sb tepung jagung
  • ** 2 sk garam
  • 1 keping asam keping
  • ** 1 sk lada sulah
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 8 batang pencukil gigi
  • 1sk serbuk kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Hancurkan tauhu, gaul dengan bahan yg bertanda **.
  3. sumbatkan bahan 2 ke dalam sotong - masukkan semula janggut sotong dan cucuk dgn pencungkil gigi supaya isi tak terkeluar.
  4. Kuah : Blend bahan * dgn sedikit santan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama baki santan, buah keras & serai. Masak dengan api sederhana - kacau selalu supaya tak pecah minyak & berketul.
  5. Bila mula mendidih, masukkan sotong - sambil timbuk kuah perlahan.
  6. Masukkkan kiub ayam, asam keping & garam secukup rasa.
  7. Bila dah masak, boleh la di buang pencungkil gigi tu..siap utk dihidangkan..

Leave a comment