Pajeri Nenas

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Tak susah nak menyediakannya.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin nenas
  • 1 tin santan cair (200ml)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 biji lada merah
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka).
  5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan nenas dan juga lada merah.
  8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi.

Leave a comment