Marble Shortbread

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resepi dari internet tapi dah diubah suai


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan (utk base biskut)
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
  • Bahan (utk hiasan)
  • 200g coklat masakan
  • 1 camb shortening
  • 75g coklat putih

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
    Data
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
  4. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
  5. Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
  6. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
  7. Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
  8. Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali .

Leave a comment