Popia Inti Special

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi turun temurun keluarga..Sedap sgt & boleh dimakan begitu saje tanpa cicah sos..Budak2 pasti suke! Mak bpk bdk pon!


Bahan-bahan diperlukan:

  • INTI
  • 2 atau 3 batang Carrot* (terpulang suka byk atau sikit)
  • 2 biji sengkuang* (mase beli pilih yg besar tp ringan/kurang air)
  • 1 paket Ayam kisar (jenama ramli @ kisar sendiri pon blh)
  • Isi ketam & isi udang kisar (ni optional kalo nak lg sedap tambahla,kalo nk jimat beli fillet ketam pon jadik)
  • Garam (secukup rase)
  • 1 tsp Lada sulah (asal berasa tp jgn byk sgt)
  • 1 labu Bawang Putih (kisar hancur & lumat)
  • 1/2 cwn minyak masak (utk menumis)
  • KULIT
  • Kulit Popia - yg besar sepeket 40 keping (elok beli jenama 'KG Pastry' sbb tebal)
  • Tepung gandum + air (utk lekatkan kulit popia jd tak masuk minyak)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. PARUT carrot (pemarut lubang halus) & sengkuang (pemarut lubang besar) dlm besen. PERAH parutan carrot & sengkuang sampai kering jadi bila masak nanti tak payah tunggu air kering lama sgt.
  2. Kisar isi udang/ketam (kalau nak letak la). Kalau nak letak fillet ketam,hiris kecik/besar ikut kesukaan masing2.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam + isi udang + isi ketam. Sambil kacau penyek2 kan isi2 ayam supaya hancur dan tak berketul2.
  4. Masukkan lada sulah & garam. Kemudian blh masukkan parutan carrot & sengkuang yg dah diperah td. Tambah garam secukup rase. Kacau rata dlm 3-5 minit then tutup api (jgn lama nnt sengkuang layu nnt tak sedap,elok pakai api besar tp jgn smpi hangus pulak ye).
  5. Sejukkan inti,kemudian boleh gulung. Pastikan gulungan tu padat,kemudian gamkan dgn tepung supaya tak masuk minyak bila menggoreng nnt. Kalau inti lebih boleh simpan dlm freezer. Popia yg da digulung tu pun blh simpan dlm freezer buat frozen popia,tahan dlm 1-2 minggu jgk la. Selamat Mencuba!!

Leave a comment