Kuah Yong Tau Fu

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Untuk mereka yang berada di Jepun khasnya, enak dimakan bersama chikuwa, kanikama, maruten dan lain-lain......


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau kurozato
  • Bijan goreng
  • Gula (kalau kurang manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • Sedikit Ajinomoto

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan kisar cili kering dengan sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, Ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
    Open uri20151010 29872 18splpd

Leave a comment