Biskut Oat Coklat Cip

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung - tp mummy kurangkan tepung, lebihkan oat
  • 1 sk baking soda
  • 1 cawan gula pasir halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat -diblender halus
  • 12 oz coklat cip
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe)
  • 1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
  • 1 susu kecil esen vanilla

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Putar butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
  4. Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
  5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak
  6. Selamat mencuba !
    Open uri20151010 29872 1quok64

Leave a comment