Walnuts Cinnamon Roll

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Walnuts cinnamon roll


Bahan-bahan diperlukan:

  • *Doh roti:
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 50g mentega
  • +/- 125ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 6g (2 sudu kecil) yis
  • 1/2 sudu kecil garam; 30g gula halus
  • *Untuk sapuan:
  • 25g mentega lembut
  • *'Cinnamon sugar':
  • 25g walnut
  • 50g gula halus
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • *'Cheese frosting':
  • 25g <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/8" rel="nofollow">cream cheese</a>
  • 25g mentega
  • 40g gula aising
  • Sedikit esen vanila

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayak tepung. Dalam bekas lain, campur susu dan telur biar jadi 200ml. Kemudian masukkan gula dan garam ke dalam susu dan telur, kacaukan. (Siapa yang berada di negara sejuk panaskan dulu susu, yis, garam dan gula dengan microwave sehingga suhu 35-40C).
  2. Buat lubang ditengah, masukkan sikit-sikit campuran telur dan susu tadi sambil digaul sehingga berketul. Keluarkan dari mangkuk dan letaklah di atas papan canai.
    Open uri20151010 29872 yvmwfw
  3. Buka sikit doh tadi seperti dalam gambar dan letaklah yis di tengah. Tutuplah yis dengan doh. Kemudian uli dengan perlahan supaya yis tak terbang.
    Open uri20151010 29872 1lr44ox
  4. Uli sehingga tak melekat di tangan.
    Open uri20151010 29872 1k6ivm4
  5. Bahagikan mentega kepada 3 bahagian. Ulikan sikit-sikit dengan doh tadi sehingga licin.
    Open uri20151010 29872 1wacftb
  6. Masa menguli dari letak yis sehingga jadi doh yang licin memakan masa 15-20 minit. Bila doh ditarik dengan dua tangan akan membentuk lapisan nipis dan nampak kesan jari, bolehlah berhenti menguli.
    Open uri20151010 29872 ek1y4c
  7. Sapukan mangkuk dengan minyak atau mentega. Letakkan doh di dalamnya. Tutup dengan plastik. Biarkan naik 2 kali ganda. (Sesiapa yang berada di negara sejuk boleh penaik dengan menggunakan oven..guna suhu 30C selama 40 minit).
    Open uri20151010 29872 1a0b87c
  8. Tip: Kalau tekan dengan jari dan nampak kesan jari, maksudnya doh kita tu dah naik.
    Data
  9. Goreng atau bakar dengan oven walnut dulu sebelum digunakan.
  10. Campurkan semua bahan untuk 'cinnamon sugar'. Ketepikan.
    Open uri20151010 29872 1tutaak
  11. Canaikan doh selebar 20x40 cm . Sapukan dengan mentega yang dah lembut . Biarkan 1cm pada bahagian hujung doh tidak disapukan mentega.
    Open uri20151010 29872 1sqwbg2
  12. Kemudian letakkan 'cinnamon sugar' tadi.
    Open uri20151010 29872 ps7vqb
  13. Lepas tu gulung dan tekan-tekan bahagian tepi biar bercantum seperti dalam gambar. Kemudian bahagikan kepada 9 bahagian.
    Open uri20151010 29872 by8zr3
  14. Letakkan bahagian yang dipotong ke atas di dalam bekas atau loyang yang sesuai.
    Open uri20151010 29872 1wh23n9
  15. Penaikkan sehingga 2 kali ganda. Bakar selama 10 minit dengan suhu 190C. Kemudian turunkan suhu 180C. Bakar lagi selama 5~8 minit.
    Open uri20151010 29872 4d22km
  16. Sementara itu sediakan 'cheese frosting'. Campurkan semua bahan-bahan untuk 'frosting'. Pukul sehingga licin.
  17. Letakkan 'frosting' ketika roti masih panas-panas.
  18. *TIP: Panaskan semula sebelum dimakan lagi rasa sedap..

Leave a comment