6 JENIS SAMBAL YANG PASTI BUAT ANDA TAK SENANG DUDUK!

Bila makan masakan kampung ni tak sah kalau tak ada sambal belacan kan? Rasa kuranglah kalau tak ada tu. Sambal ni sedap makan kalau ada ulam ataupun ikan, buat cicah. Ada sesetengah orang lagi pedas sambal tu, lagi diaorang suka. Mat salleh ada sos cili, sos tomato, kita ada sambal belacan:p 

Jadi hari ini kami akan kongsikan beberapa jenis sambal yang menjadi kegilaan orang Malaysia. Tak sah lah kalau tak ada! 

 

1. SAMBAL TEMPOYAK

Kebiasaanya orang guna durian yang dah ditebuk ataupun meletup untuk buat sambal tempoyak, takkan kita nak bazirkan durian kan? Dahlah mahal, sayang nak buang. Ada orang gunakan durian baru, asingkan durian dari biji & simpan dalam peti selama dua-tiga hari sebelum buat jadi tempoyak. Rasanya lebih manis. Campurkan durian & cili tumbuk & makan dengan nasi fuhhh sedap dia tak terkira! 

Bahan:

- Beberapa ulas durian

- Cili merah & hijau

- Garam

Cara penyediaan:

1. Tumbuk kasar garam, cili merah & cili hijau.

2. Asingkan durian dari bijinya & hancurkan. 

3. Apabila mahu hidangkan, gaul sekali cili yang telah ditumbuk tadi bersama isi durian.

 

2. SAMBAL BELACAN 

Siapa je tak suka makan sambal belacan kan? Kalau cicah dengan ulam tu fuhh memang terangkat! Dapat pula makan dengan nasi panas & ikan masin pun dah cukup sedap dah! Lagi pedas sambal belacan tu lagi sedap jadinya.

Bahan:

- Cili padi

- Air perahan limau

- Belacan

- Garam

- Limau (potong dua)

Cara penyediaan:

1. Tumbuk cili padi, garam & belacan.

2. Masukkan air perahan limau & kacau rata.

3. Hidang sambal dengan limau yang telah dipotong dua tadi.

 

3. SAMBAL KUINI

Kalau tanya atuk nenek kita mesti diorang tau sambal kuini ni macam mana. Buahnya agak bermusim jadi agak susah juga lah nak dapat. Tapi bila dibuat sambal, memang sedap! Ngam betul rasa dia.

Bahan:

- 1 biji kuini yang telah masak

- Cili merah

- Cili padi

- Belacan (dibakar)

- Garam

- Gula

Cara penyediaan:

1. Potong kecil buah kuini & ketepikan. 

2. Tumbuk cili merah, cili padi, garam, gula & belacan.

3. Masukkan buah kuini tadi & tumbuk separuh lumat.

 

4. SAMBAL GESEK

Kalau orang yang asal Negeri Sembilan mesti tahu tentang kewujudan sambal gesek ni! Nama gesek tu berasal dari lumat, bila kita tumbuk lumat bahan bahan sambal tadi. 

Bahan:

- Cili api

- Bawang besar

- Bawang putih

- Ikan bilis

- Garam

- Gula

- Minyak

Cara penyediaan:

1. Tumbuk lumat cili padi, garam & gula.

2. Tumbuk separuh hancur bawang besar & bawang putih.

3. Tumbuk kasar ikan bilis.

4. Goreng ikan bilis separuh garing & masukkan bahan tumbuk yang lain tadi.

5. Goreng sambal tadi sehingga garing.

 

5. BUDU

Sambal ni terkenal dikalangan orang Kelantan. Tak sah kalau tak makan budu. Kalau dapat budu cap Ketereh tu lagi sedap!

Bahan:

- Cili padi merah

- Bawang merah

- Belacan

- Gula

- Asam jawa

- Jus limau kasturi

- Budu (apa apa jenama boleh)

- Bawang besar (dihiris)

Cara penyediaan:

1. Tumbuk lumat cili, bawang merah & belacan.

2. Masukkan budu, asam jawa & jus limau kasturi.

3. Masukkan gula & bawang besar. Gaul hingga sebati.

 

 6. SAMBAL KICAP

Tipulah kalau orang Johor tak makan sambal kicap kan? Dapat pula pisang goreng panas panas & cicah dengan sambal kicap tu fuhhh memang terangkat! Tak lupa juga kalau letak sambal kicap dalam mi sup ataupun cicah dengan ikan bakar umm memang sedap!

Bahan:

- Cili padi

- Bawang merah (dimayang)

- Gula

- Garam

- Kicap manis

- Air perahan limau

Cara penyediaan:

1. Masukkan cili padi, bawang yang telah dimayang, gula & garam.

2. Masukkan air perahan limau & kicap. Gaul rata.

 

*kredit gambar: Google

 

 

Tags:

Klik untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang jenis jenis sambal yang famous dekat Malaysia ni!

Leave a comment