?Sambal Goreng Pengantin (2)â„¢

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resipi ini menggunakan santan dan belacan dlm bahan2nye tk sama sambal goreng pengantin (1) ttpi hasilnya lebih kurang sama aje...dan rasa nya juga sedap...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kilo daging *
  • 1/2 kilo paru *
  • 1/2 kilo hati lembu *
  • 1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan.
  • 2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 300 g asam jawa
  • 2 inci persegi belacan
  • @ 25 tangkai cili kering
  • @ 2 biji bawang besar
  • @8 ulas bawang putih
  • @ 8 batang serai
  • @1/2 jari lengkuas
  • 5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan
  • 2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis.
  • garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.
  2. Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.
  3. Bahan bertanda @ dikisar halus.
  4. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.
  5. Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.
  6. Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya.
  7. Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka.

Leave a comment