?Asam Pedas Sardinâ„¢

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

hujung minggu puas mkn lauk ayam dan daging dlm majlis kenduri...hari ini msk sardin pulak...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin(besar) sardin
  • 10-15 tangkai cili kering*
  • 1 biji bwg besar*
  • 5 ulas bwg putih*
  • 1/2 inc. halia*
  • sedikit belacan*
  • 1 sb lada hitam*(lebih atau kurangkan jika suka)
  • Kisar bahan2 bertanda* di atas
  • 1 biji bwg besar - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris
  • 2 batang serai - titik
  • garam dan perasa secukup rasa
  • 1/2 cwn air asam drpd 1sb asam jawa
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 2 tangkai lada hijau - dibelah 2 atau potong serong
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - hiris 1 inc.
  • 1 biji terung - potong ikut suka
  • secukup minyak utk menumis
  • secukup air utk kuah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, tumis bahan2 hiris dan serai hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan 1 cwn air dan gaul rata. Biar mendidih.
  2. Masukkan sardin dgn sosnye sekali,air asam ,perasa,terung,lada hijau,kacau perlahan,tambah air jika perlu dan biar mendidih sekali lagi.
  3. Akhir sekali masukkan tomato,daun sup dan daun bawang,kacau sekali lagi dan renihkan 10 min. dan matikan api. Sedap dimkn dgn roti jugak.

Leave a comment