Black Pepper Steak

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mudah dan senang.... sekali-sekala makan 'western' pulak la... sedap makan dengan kentang lenyek sekali..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 keping daging kambing
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • Serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit kicap
  • 1 biji kentang sederhana besar
  • 1 sudu kecil mentega/marjerin
  • 5 sudu besar susu segar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Perap daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. Paling kurang 30 minit.
  2. Masukkan dalam kuali dan tutup. Masak hingga daging lembut.
  3. Ketepikan daging yang dah siap. Lapkan kesan minyak dalam kuali.
    Open uri20151010 29872 z91z8m
  4. [Untuk sos] Masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. Kacau sedikit dan tutup api. (Kalau nak cair tambah air pun boleh).
  5. [Untuk kentang lenyek] Kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. Masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (Nak lembik lagi tambah susu pun takpe).
  6. Tuang sos atas daging dan letakkan kentang lenyek yang telah siap. Sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.

Leave a comment