Capuccino Roll Cake

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kek capuccino gulung


Bahan-bahan diperlukan:

  • Cecair capuccino:
  • 4 sudu besar serbuk capuccino
  • 2 sudu besar air panas
  • Kek span:
  • 4 biji telur (saiz L)
  • 60g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sudu besar cecair capuccino
  • Sirap:
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air panas
  • Krim capuccino:
  • 200ml krim segar
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar cecair capuccino

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sediakan cecair capiccino: campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
  2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180C.
  3. Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau 'meringue'.
    Data
  4. Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1 sudu besar cecair capuccino yang telah disejukkan tadi.
    Open uri20151010 29872 1jbghdq
  5. Letakkan 1/2 dari no.3 tadi ke dalam no.4. Adun sehingga sebati.
    Open uri20151010 29872 1ae49zq
  6. Letakkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5. Adun lagi.
    Open uri20151010 29872 2mu36a
  7. Kemudian lebihan no.3 ('meringue') tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    Open uri20151010 29872 1lysdoq
  8. Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuh dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin. Bakar selama 10 minit.
    Data
  9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Alaskan kek dengan kertas minyak. Sembur bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
    Open uri20151010 29872 1fm14fs
  10. Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  11. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yang dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.

Leave a comment