?Air Buah Cocktail Berkastardâ„¢

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Dessert yang menyegarkan,sesuai dihdangkan dalam majlis keramaian.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin buah2an campuran (fruit cocktail)
  • 1 tin susu sejat
  • 2 tin(susu) air
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • secukup agar2 siap makan(dipasak atau dipotong kecil)
  • secukup ketulan ais

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih.Kacau terus hingga mendidih dgn hand whisk(memudahkan) supaya kastard tidak melekat pd dasar periuk. Sejukkan.
  2. Apabila dah benar2 sejuk, masukkan agar2 dan buah2an campuran ke dlm adunan kastard.
  3. Ketika hendak menghidang, bubuhkan secukup ketulan ais yg kecil2.
  4. Jika suka, anda boleh juga perahkan sedikit jus lemon atau hirisan limau/lemon ke dalamnya.
  5. Jika ingin air kastard nampak menarik lagi,bubuh sedikit pewarna kuning atau merah ketika memasak air kastard.

Leave a comment