kek lapisan bumi

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resepi dari mak, bawa pi sekolah jamu kengkawan ramai yang suka... dan minta resepi, cubalah


Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 tin susu pekat manis ( susu tin kecil) kalau tin besar lebih kurang 1/4 tin kot
  • 150g serikaya
  • 1/2 gelas gula halus atau gula icing
  • 1 1/4 gelas tpg gandum
  • 220g mentega
  • 1/2 sudu teh esen ros
  • 2 sudu makan nescafee
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna hijau atau kuning

Cara menyediakan dan memasak:

  1. mentega dan gula dipukul hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang dan sebati
  2. kemudian masukkan tepung, esen ros, baking powder, susu dan serikaya. kacau atau putar hingga sebati
  3. bahagi 2 adunan tadi satu bubuh pewarna hijau atau kuning, manakala satu lagi dengan serbuk nescafe
  4. panaskan pengukus, griskan loyang dengan majerin atau mentega
  5. kemudian sendukkan bahgian nescafe sebayak 2 senduk dan kukus 5 minit, ulangi dgn lapisan bewarna selama 5 minit juga. buat hingga habis... lapisan terakhir kukus 20 minit.
  6. SELAMAT MENCUBA.....................

Leave a comment