cucur bilis kembung

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

ni resepi makcik kantin sekolah, dia buat pagi tapi waktu petangpun masih lembut, i pun apa lagi minta resepi laaaa


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300g tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 labu bwg besar
  • 2 pokok daun bawang
  • 1 1/2 cawan air
  • taugeh jika suka
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Leave a comment