Popia isi ketam

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi ni adik yang kasi...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 bungkus isi ketam (lebih kurang 16 keping atau lebih)
  • Kulit popia (size kecil atau sederhana) ikut jumlah banyaknya isi ketam
  • 200gm kobis (atau sayur ikut suka) - diricik halus
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos cili
  • Minyak untuk menggoreng
  • * Campurkan mayonis bersama sos cili dan gaul rata

Cara menyediakan dan memasak:

  1. letakkan isi ketam di atas kulit popia
  2. Letakkan 1 sudu besar sayur + sadu kecil campuran mayonis
  3. Gulung seperti gulung popia - cuma pastikan isi 'dikelim' dengan kulit popia supaya sos tidak keluar masa digoreng
  4. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana
    Data

Leave a comment