Biskut Anpanman

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Boleh juga buat apa saja bentuk yang disukai.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 170g tepung gandum
  • 20g tepung kastad
  • 20g tepung jagung ('corn starch')
  • 20g serbuk badam
  • 130g mentega
  • 60g gula aising
  • Telur untuk sapu

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega dan gula aising sampai jadi bentuk krim.
  2. Campur semua bahan-bahan kering. Kacau dengan pemukul telur biar dia bergaul sebati supaya senang nak ayak. Kemudian ayak.
  3. Masukkan bahan ayak ni ke dalam krim mentega tadi. Uli biar jadi doh.
  4. Canaikan di atas papan canai setebal lebih kurang 1/2 cm. Teraplah dengan apa-apa acuan yang disukai.
  5. Sapukan permukaan biskut dengan telur.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15~20 minit atau sehingga perang.

Leave a comment