Simple Cream Puff

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

dapat dr website... mudah nk buat :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250ml air
  • 125g butter
  • 150g tepung
  • 1/4 st garam
  • 1st gula
  • 4 biji telur - gred B
  • 1/2 st esen vanilla

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Didihkan air dan butter hingga butter cair. Masukkan gula & garam,kemudian masukkan tepung dan gaul cepat2 hingga adunan tak melekat di periuk/kuali. Alihkan dari api & sejukkan.
  2. Sementara adunan tepung sejuk, pukul telur hingga bercampur dengan esen vanilla.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul adunan tepung dengan memasukkan adunan telur sedikit2 hingga habis.
  4. Minyakkan loyang (nk mudah blh gunakan loyang muffin) kemudian sudukan adunan atau paipkan adunan. Jika guna loyang biasa jarakkan sikit lebih kurang 1"
  5. Bakar pada suhu 200degree selama 25minit atau hingga kekuningan.
  6. Bila dah sejuk, potong sedikit masukkan inti kastard dan letakkan sedikit topping coklat. Siap untuk dimakan :)
  7. ** Lagi sedap kalau masukkan dlm freezer 2jam sblm nk makan, bila kastard & topping coklat tu sebati lagi umpphh rasa cream puff nih :)

Leave a comment