Ayam masak Bali

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi cilok dari kawan yang kedekut..nah ambik ko..dapat jugak aku buat.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah,
  • Ayam (sedap guna bahagian dada)
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
  • asam keping
  • serbuk kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  1. blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)
  2. Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
  4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
  5. kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
  6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
  7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.
  8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi)

Leave a comment