Kuih Kaswi

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi asal dari Rozzan..sedap dan kenyal2 manja lagi!!!!


Bahan-bahan diperlukan:

  • BAHAN A :-)
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
  • BAHAN B :-)
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat
  • BAHAN C :-)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
    Open uri20151010 29872 yds7q2
  2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
    Open uri20151010 29872 1jjp9g9
  3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
    Open uri20151010 29872 enu1lc
  4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
    Open uri20151010 29872 95496w
  5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

Leave a comment