Caramel Cheesecake

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kek keju karamel


Bahan-bahan diperlukan:

  • Krim:
  • 250g <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/8" rel="nofollow">cream cheese</a> - suhu bilik
  • 3 biji telur
  • 1 cawan (200ml) krim masam/'sour cream'
  • 1 cawan (200ml) krim segar
  • 120g gula
  • 2 sudu besar 'corn starch'
  • Beberapa titik esen vanila
  • Lapisan bawah:
  • 100g biskut Marie/Graham cracker
  • 50g mentega (cairkan)
  • Karamel:
  • 1/4 cawan (50ml) susu segar
  • 80g gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan mentega dan ramas sehingga jadi berketul.
  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan susu segar. Ketepikan.
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula &gt; esen vanila &gt; krim masam &gt; telur &gt; 'corn starch' &gt; krim segar ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
  5. Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas krim tadi.
    Open uri20151010 29872 1yiwvgp
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. Untuk mengelakkan hangus pada permukaan, bolehlah letak lapisan aluminium/'aluminium foil' selepas 30 minit pertama. Bakar secara 'double-boiler' dengan meletakkan air suam di dalam dulang.

Leave a comment