Apam Balik

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

ubah suai resepi from noormasri.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan tepung naik sendiri } diayak
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Filling:
  • 1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
  • 1 cawan kacang tumbuk
  • 1 cawan gula
  • sedikit mentega

Cara menyediakan dan memasak:

  1. # Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
  3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
  4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
  5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
  6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.
  7. ***homemade cream corn:
  8. 1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
  9. * masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

Leave a comment