3 Resipi Pancake Buah-Buahan

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

aa, ni 3 resipi pancake buah-buahan paling senang nak buat. Bolehlah buat untuk breakfast!


Bahan-bahan diperlukan:

Coconut Mango Pancakes
Bahan-bahan:

- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1 biji telur

Bahan-bahan (topping):
- 1 biji buah mangga (dipotong kiub)
- Kelapa parut kering
- Madu

Banana Chocolate Chip Pancakes
Bahan-bahan:

- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu full-cream
- 1 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula
- 1/3 cawan chocolate chip

Bahan-bahan (topping):
- Pisang (dihiris)
- Sos coklat

Apple Pancakes
Bahan-bahan (
caramelised apple):
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu besar mentega
- 2 biji buah epal
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan-bahan (adunan tepung):
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu full-cream
- 1 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula

Cara menyediakan dan memasak:

Coconut Mango Pancakes
1. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, baking powder, baking soda dan santan. Gaul.
2. Masukkan telur. Gaul.
3. Masukkan satu senduk adunan ke atas kuali panas dan masak dengan api kecil .
4. Apabila adunan mula menggelembung, terbalikkan dan masak beberapa minit.
5. Hidangkan pancake dengan buah mangga dan tabur kelapa parut kering sebagai topping.
6. Siap untuk dihidang!

Banana Chocolate Chip Pancakes
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, baking powder dan santan. Gaul.
2. Masukkan telur dan chocolate chip. Gaul.
3. Masukkan satu senduk adunan ke atas kuali panas dan masak dengan api kecil.
4. Hidangkan dengan pisang dan sos coklat.
5. Siap untuk dihidang!

Apple Pancakes
Cara-cara:

1. Untuk caramelised apple, masukkan gula dan mentega. Masak hingga menjadi keperangan.
2. Masukkan buah epal dan serbuk kayu manis.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, baking powder dan santan. Gaul.
4. Masukkan telur dan chocolate chip. Gaul.
5. Masukkan satu senduk adunan ke atas kuali panas dan masak dengan api kecil.
6. Hidangkan dengan caramelised apple.
7. Siap untuk dihidang!









Leave a comment