3 Cheesy Desserts Anda Boleh Cuba Untuk Raya Tahun Ini

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 4 Orang
Tags:

Nakkan idea gunakan cheese untuk buat kuih raya? Jom try 3 resipi menarik ni!


Bahan-bahan diperlukan:

SIRAP BANDUNG CHEESE CREAM PUFFS:
  • 130g mentega (tanpa garam)
  • 220ml air 
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 6 biji teluR
Filling:
  • 240ml whipping cream 
  • 250g cream cheese
  • 1/3 cawan gula 
  • 1/4 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/4 sudu kecil kordial sirap 
TAT NANAS CHEESE:
  • 3 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung 
  • 1 sudu besar tepung kastard 
  • 250g mentega 
  • 2 sudu besar gula castor 
  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • Jem nanas 
Topping:
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil pewarna kuning 
  • 1 sudu kecil air 
  • Cheddar parut 
BISKUT DONUT CHOCOLATE CHEESE:
  • 1/3 cawan serbuk koko 
  • 2/3 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung 
  • 1/2 sudu kecil baking powder 
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan) 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
Filling: 
  • 1/4 cawan yoghurt 
  • 1/4 cream cheese 
  • 1 sudu besar gula icing
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla 

Cara menyediakan dan memasak:

SIRAP BANDUNG CHEESE CREAM PUFFS:
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 230°C.
  2. Dengan api perlahan, gaulkan mentega, air dan garam. 
  3. Apabila sudah sebati, didihkan. 
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  5. Tutup api dan biarkan adunan sejuk.
  6. Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga adunan lembut dan berkilat. 
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  8. Pipe ke atas dulang yang dialas dengan Glad Cook & Bake Non-stick Paper. 
  9. Ratakan permukaan setiap cream puff dengan sedikit air. 
  10. Bakar selama 15 minit. 
  11. Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga kembang.
  12. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, dan esen vanilla.
  13. Masukkan krim yang dipukul ke dalam adunan cream cheese dan gaul. 
  14. Ambil 1/4 adunan itu dan gaulkan dengan kordial sirap.
  15. Apabila cream puffs sudah sedia, masukkan cream cheese filling dan pipe krim sirap ke atas cream puffs. Hias dengan sprinkles jika mahu.
  16. Siap untuk dihidang!
TAT NANAS CHEESE:
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 150°C.
  2. Gaul tepung gandum, tepung jagung, dan tepung kastard. 
  3. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 
  4. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam, dan gaul hingga sebati.
  5. Gaulkan bersama campuran tepung. 
  6. Sejukkan doh selama 10 minit untuk memudahkannya digentel. 
  7. Ambil secubit doh dan gentel menjadi bentuk bulat. 
  8. Leperkan, masukkan jem nanas, dan gentel tat menjadi bulat semula.
  9. Susun di atas dulang yang dialas dengan Glad Cook & Bake Non-stick Paper. 
  10. Bakar selama 15 minit hingga separuh masak. 
  11. Gaul kuning telur, pewarna kuning, dan air. Sapukan ke atas tat nanas. 
  12. Tabur dengan Cheddar parut.
  13. Bakar selama 20 minit. 
  14. Siap untuk dihidang!
BISKUT DONUT CHOCOLATE CHEESE:
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°C.
  2. Gaul kesemua bahan-bahan biskut hingga menjadi doh.
  3. Pro Tip: Balut doh dengan Glad Cling Wrap untuk kekalkan bentuk doh, dan untuk pastikan doh kekal lembap. 
  4. Sejukkan selama 20 minit. 
  5. Ratakan doh menggunakan rolling pin.
  6. Gunakan acuan untuk hasilkan bentuk bulat. 
  7. Susun di atas dulang yang dialas dengan Glad Cook & Bake Non-stick Paper. 
  8. Dalam bekas lain, gaul yoghurt, cream cheese, gula icing dan esen vanilla. 
  9. Masukkan ke dalam piping bag
  10. Tekankan ibu jari di tengah doh untuk hasilkan sedikit ruang untuk filling.
  11. Pipe adunan cream cheese di tengah-tengah doh itu. 
  12. Bakar selama 8 minit. 
  13. Siap untuk dihidang!

Leave a comment