3 Cara Baru Untuk Hidangkan Lebihan Rendang

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 4 Orang
Tags:

Jom tengok macam mana nak transform lebihan rendang jadi hidangan menarik seperti meatballs dan sushi ;)


Bahan-bahan diperlukan:

RENDANG POTATO SKINS:
  • Ubi kentang 
  • Minyak zaitun 
  • 1 biji bawang kuning (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cawan lebihan rendang 
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • 1/2 cawan lobak merah (dipotong kiub)
  • 1/2 cawan kacang peas 
  • 100g mentega
  • 1/2 cawan Cheddar parut 
  • 1/2 cawan susu 
  • Garam dan lada 
SUSHI ROLL:
  •  Lebihan rendang
  • Seaweed
  • Nasi sushi (sudah dimasak) 
  • Hirisan lobak merah 
  • Hirisan timun 
  • Telur dadar 
RENDANG MEATBALLS:
  • 1 cawan lebihan rendang 
  • 1 cawan breadcrumbs 
  • 1 biji telur 
  • Garam dan lada 
  • Kiub Mozzarella 

Cara menyediakan dan memasak:

RENDANG POTATO SKINS:
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 200°C.
  2. Sapukan ubi kentang dengan minyak zaitun. 
  3. Cucukkan ubi kentang dengan garpu. 
  4. Balut ubi kentang dengan Glad Aluminum Foil. 
  5. Bakar selama 45 minit. 
  6. Keluarkan isi ubi kentang. 
  7. Gaul isi ubi kentang dengan mentega, Cheddar, susu, garam, dan lada. 
  8. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun. 
  9. Tumis bawang kuning dan bawang putih. 
  10. Masukkan rendang dan tumis. 
  11. Masukkan tomato dan masak hingga lembut. 
  12. Masukkan lobak merah, kacang peas, garam, dan lada. Masak hingga lembut. 
  13. Cedokkan rendang ke dalam kulit ubi kentang.
  14. Pipe kentang putar ke atas isi rendang. 
  15. Bakar 15 minit. 
  16. Siap untuk dihidang!
SUSHI ROLL:
  1. Pro Tip: Balut sushi mat dengan Glad Cling Wrap untuk memudahkan sushi digulung.
  2. Letakkan kepingan seaweed di atas cling wrap
  3. Lembapkan tangan dan padatkan nasi sushi ke atas seaweed
  4. Susun rendang, lobak merah, timun, dan telur dadar di atas nasi. 
  5. Gulung dan tekan sehingga sushi menjadi padat. 
  6. Lembapkan pisau dan hiris. Lap pisau dengan kain lembap setiap kali sebelum menghiris.
  7. Siap untuk dihidang!
RENDANG MEATBALLS:
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 175°C. 
  2. Gaul rendang, breadcrumbs, telur, garam dan lada.
  3. Ambil secubit adunan dan bentukkan menjadi bola. 
  4. Leperkan, masukkan kiub Mozzarella, dan bentukkan menjadi bola semula. 
  5. Alas dulang membakar dengan Glad Aluminum Foil
  6. Susun bebola rendang ke atas dulang dan bakar selama 30 minit. 
  7. Siap untuk dihidang!

Leave a comment