Daging Bumbu Bali

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Simply Sedap - Chef Wan


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500g daging (potong nipis, cuci bersih)
  • 250ml santan tin
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sdb kicap pekat
  • *5 biji buah keras
  • *8 biji cili merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 sdt kunyit serbuk
  • Garam dan kicap manis rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar bahan yang bertanda *, panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
  2. Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.
  3. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
  4. Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. kacau lagi dan angkat.

Leave a comment