Pannacotta Gula Melaka

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Rasa macam puding tapi lebih pekat/padu


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 cawan (100ml) susu segar
  • 1 cawan (200ml) krim segar
  • 20g gula melaka
  • 7g serbuk gelatin + 1/4 cawan (50ml) air
  • *Sirap*
  • 40g gula melaka
  • 1/4 cawan (50ml) air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan susu segar, krim segar dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
  3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
  5. Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih.
  6. Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras.

Leave a comment