Udang Tiga Rasa

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi dari buku masakan


Bahan-bahan diperlukan:

  • 20 ekor udang harimau
  • *20 tangkai cili kering (rebus)
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
  • 1 sdt madu
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Udang dibuang kepala dan dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
  4. Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
  5. Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.
  6. Boleh dihidang dengan nasi atau roti.

Leave a comment