Sagol Pari

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Untuk penggemar pari,salah satu masakan dari Sabah.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Ikan pari (potong sederhana besar)
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Halia
  • *Cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
  • *Serai (diketuk- utk merebus dan utk masak)
  • *Kunyit hidup (guna serbuk pun boleh jgk)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, gula dan serbuk perasa.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus pari yg telah dipotong2,air separas pari,masukkan serai yg telah diketuk,rebus sampai pari masak,agak2 5 hingga 10 minit.
    Open uri20151010 29872 1cal6a3
  2. Selepas pari masak,tos dan sejukkan.Air rebusan pari simpan untuk kuah nanti.Setelah sejuk,carik-carikkan pari sederhana besar,buang tulang.
    Open uri20151010 29872 atnkmf
  3. Tumbuk lumat bahan bertanda *.Tumis sampai wangi.
  4. Masukkan pari yang telah dicarik2 tadi.Tuangkan air rebusan pari tu sedikit,ikut citarasa,kalau nak kering letak sikit jer,kalau nak berkuah letak lah banyak skit,jgn jer sampai pari tenggelam la.Masukkan perasa,sesuaikan rasa.
  5. Tak perlu masak lama sebab pari tu dah masak.Sebenarnya masakan ni kering,Tapi saya selalu buat berkuah skit atau lembap2.Selamat mencuba.

Leave a comment